Lebuhraya Pan Borneo (Telok Melano ke Sematan & Sematan ke Sg. Moyan) Samling_Group_of_Companies

Pada tahun 2015, Samling menerusi anak syarikatnya, Samling Resources Sdn Bhd (SRSB) dipilih sebagai kontraktor utama bagi pakej pertama (WPC01 Telok Melano ke Sematan) (TMS), sekaligus menjadi kontraktor pertama yang diamanahkan untuk memulakan projek tersebut pada tahun 2016. Pada tahun yang sama, bersama Ekovest Berhad, SRSB memperoleh pakej kedua (WPC02 Sematan ke Sg. Moyan) (SSM). Setakat tahun 2020, SRSB merupakan satu daripada dua kontraktor yang memenangi kedua-dua pakej serentak, memandangkan usaha sama (jv) dengan Ekovest ditamatkan pada tahun 2018 ekoran tindakannya yang mempertikaikan perojek tersebut[12]. Kontraktor lain yang turut berbuat demikian ialah Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd bagi pakej kesepuluh (WPC10 Simpang Lapangan Terbang Bintulu ke Sg. Tangap) dan kick-off project Simpang Nyabau ke Simpang Bakun di Bintulu. TMS dan SSM merupakan dua pakej pertama dalam jajaran Pan Borneo. TMS merupakan laluan terpendek dengan hanya 32.77 km (20.36 bt) manakala SSM merupakan laluan terpanjang dengan 95.43 km (59.30 bt). Pada tahun 2019, jajran Telok Melano - Sematan dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri, Abang Johari Tun Openg. Turut hadir adalah wakil Lebuhraya Borneo Utara (LBU) Sdn Bhd, penduduk Telok Melano dan wakil SRSB selaku kontraktor utama bagi projek tersebut.

Berkaitan